Wednesday, 5 September 2012

Kek Kukus Cream Cheese


Kek Lapis Kukus Cream Cheese Resepi : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku Bahan A : 250 gm cream cheese 60 gm gula halus 1 biji telur 25 ml air ...

Kek Lapis Kukus Cream Cheese
Resepi : Kak Yatie - Sinar Kehidupanku

Bahan A :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara :
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.


Bahan B - Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder


Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....

Tq Kak Yatie..sebab share resepi yang sedap nie...



Friday, 20 July 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Diari Dapurku: Selamat Menyambut Bulan Ramadhan: Selamat mengerjakan ibadah puasa buat rakan-rakan..moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita..mohon maaf jika ada silap kata...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Selamat mengerjakan ibadah puasa buat rakan-rakan..moga Ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita..mohon maaf jika ada silap kata bahasa...moga kita hidup kita dirahmati Allah S.W.T..amin

Monday, 2 July 2012

Diari Dapurku: Udang Goreng Eno Bersalut Tepung

Diari Dapurku: Udang Goreng Eno Bersalut Tepung: Assalamualaikum wbrkth..apa kabar..harap semua sihat waalfiat...tak lama lagi puasa...yer...time puasa mesti tekak ni nak merasa macam-m...

Udang Goreng Eno Bersalut Tepung





Assalamualaikum wbrkth..apa kabar..harap semua sihat waalfiat...tak lama lagi puasa...yer...time puasa mesti tekak ni nak merasa macam-macam makanan...hahahah...tapi bila dah berbuka..tengok je yer...apapun...berbelanja dengan sederhana...tak pun kita masak sendiri je...lagi sedap dan terjaga kebersihannya...kali ni nak share udang goreng eno bersalut tepung..memang sedap kata hubby...5 minit je dah licin..tinggal bunga pinggan je..heheh...jom kita semak resepinya.

Udang Goreng Eno Bersalut Tepung
Sumber:  Sue@nenie syurie blogspot
                 Citarasawan.blogspot.com

Bahannya:
20 ekor udang (dibersihkan, dibuang kulit kecuali bahagian ekornya) 
3 sudu besar tepung gandum
1  sudu besar tepung beras 
100 ml air
Garam secukupnya
1/2 sudu kecil eno
sedikit tepung kunyit (sy tambah)

Penyediannya:-
1.   Masukkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam mangkuk besar.
2.  Kemudian masukkan sedikit garam dan 100 ml air dan sedikit kunyit.   Kacau adunan sehingga sebati (ia akan kelihatan sedikit  pekat).
3.  Masukkan batter ke dalam peti sejuk seketika sehingga mahu digunakan.
4.  Keluarkan batter dari peti sejuk dan masukkan eno.  Kacau sebati sehingga adunan nampak seakan berbuih-buih kecil dan adunan ringan.
5.  Panaskan minyak. celup udang ke dalam adunan kecuali bahagian ekor dan putar-putarlan ia supaya salutan menjadi sedikit tebal dan goreng terendam sehingga kekuningan.  Angkat dan toskan.
6.  Ta da...sedia untuk dihidangkan.  Mudahkan....





Tuesday, 19 June 2012

Diari Dapurku: Kek Kukus Gula Hangus

Diari Dapurku: Kek Kukus Gula Hangus: Salam ceria buat semua..hari ni pulak ct teringin membuat kek turun temurun keluarga ct...bila tiba time raya..kek ni mesti masuk list da...

Kek Kukus Gula Hangus




Salam ceria buat semua..hari ni pulak ct teringin membuat kek turun temurun keluarga ct...bila tiba time raya..kek ni mesti masuk list dahulu...kek ni makin lama makin lembap dan sedap...kek orang lama-lama...mari kita terjah resepinya..

KEK KUKUS GULA HANGUS

12 ozs mentega 
5 biji telur
Sekotak kismin campuran
3 ½  gelas tepung gandum 
3 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh vanila
2 gelas gula halus
1 cawan gula kasar - untuk membuat gula hangus

Caranya:
    Kismis digaul rata dengan 1/2 gelas tepung gandum.  Masukkan 3 sudu teh cream of  tartar dan 2 sudu the bicarbonate of soda.  Gaul lagi dan ketepikan.   Pukul telur dengan mentega hingga kembang (putih).  Masukkan telur satu-satu dan pukul hingga sebati.                Masukkan vanila dan kismis yang sudah digaul tadi dan gaul lagi.          Akhir sekali baru masukkan tepung (3 gelas) dan gaul hingga rata.         Tanak gula kasar tadi hingga mendidih         Tuang ke dalam adunan (kena cepat kerana gula hangus tu mudah beku).
      Sediakan acuan 8x8, masukkan adunan ke dalam acuan dan kukuslah sekurang-kurangnya 3 jam atau sehingga masak.

Sebelum membuat kek itu, kena sediakan air kukusan terlebih dahulu.  Bila air dah mendidih. baru kita masukkan adunan.  Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain yang bersih agar air tidak menitik dalam adunan kek tu.

SELAMAT MENCUBA

Tuesday, 12 June 2012

Biskut Kelapa






Semalam kerajinan ku melampau tahap gaban…terfikir…apa nak buat time boring ni…hubby pulak cuci kereta…last-last  teringin nak buat biskut…jengok kat dapur…semua bahan ada..apa lagi..membiskut ler jawabnya…tak nak cakap banyak…jom kita terjah resepinya….


Sumber:  Pn Fatimah Zarinah Zainuddin (Rasa Edisi Julai)

Bahan
225 gm tepung jagung
150gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik (ct tak letak)
125 gm gula aising
155gm mentega
75gm kelapa kering (kisar halus)
25 gm badam serbuk (tak letak pun tak apa)
1 biji telur
1 sudu teh vanilla

Bahan Tabur:
Kelapa kering secukupnya
Telur kuning secukuonya
Hiasan gula bentuk hati

Caranya:

1. Pukul telur, gula aising dan vanilla sehingga sebati.
2. Selepas itu, masukkan tepung jagung, tepung gandum, kelapa kering dan serbuk badam sedikit demi  sedikit hingga habis sambil digaul perlahan.  Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil digaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.
4. Canai dan terap dengan acuan pilihan.  Sapukan kuning telur dan tabor kelapa kering (ct guna serbuk badam je) dan hiasan gula secukupnya.
5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180oC selama 15-20 minit.
6 Keluarkan dan sejukkan seketika.  Simpan dalam bekas kedap udara (itupun kalau sempat ler heheh).

Keranggupanya memang terasa dan ditambah dengan kelazatan kelapa …..itu yang buat
hubby makan satu balang dengan satu mug  air milo panas….sambil nengok bola ….

Monday, 4 June 2012

Kuah Kacang dan Nasi Impit

Assalamualaikum wbrkth...


Semalam kerajinan ku melampui batas dan ta da...terhasil nya kuah kacang dan nasi impit..ehemm..mcm nak rayer je...tapi tak pe..kita pra raya dulu....

Wednesday, 19 October 2011

Masalah internet

Salam semua...blog ni kadang rajin nak tulis..kadang masalah tenet..tu yg malas tu....insyallah moga tahun baru nanti..tenet kat sini akan laju sebagaimana lajunya keretapi kat Jepun tuh....

Monday, 8 August 2011

Golden Churn

Assalamaualaikum wbrkth

Selamat Berpuasa..lama tak jengok blog ct nih...sekarang ni heboh pasal butter golden churn tak halal...nampaknya kena pakai jenama yang lain pulak..harap-harap semua butter kat Malaysia ni halal..apapun dah start nak buat kek raya...ada juga kawan-kawan dah tempah...mula lah nak mencari butter yang halal punya...

Jumpa lagi.

Tuesday, 31 May 2011

Assalamualaikum...

Penat...baru balik dari bercuti..famili datang dari Sarawak...so bawalah gi jalan-jalan....niat hati nak buat kek ...tapi itulah dah berapa kali tertangguh....insyallah....ada kerajinan nanti...ct buat ler...hehe....

Jumpa lagi...

Monday, 9 May 2011

Update

Busy sekali...internet pulak kat rumah slow...boring betul....niat nak update blog...belum terupdate lagi nih...

Wednesday, 4 May 2011

Kek Lapis Creem Cheese


  • Bahan A
  • 10 biji Telur (di sejukkan) *pastikan guna Telur Grade A
  • 300 gm gula
  • 280 gm Tepung Hong Kong
  • 2 sudu mkn Ovalet
  • 2 oz air sejuk
  • Bahan B
  • 16oz Golden Churn Butter
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 200 gm cream cheese (jenama Philadelphia/Anchor)
  • Sedikit Cheddar cheese (diparut-utk ditabur diatas setiap lapisan adunan)

Cara-cara

  1. Satukan semua Bahan A dan pukul dgn mixer hingga pekat selama kira-kira 8-10 minit.
  2. Mentega dan susu dipukul hingga sebati. Masukkan cream cheese dan pukul/kacau hingga adunan rata.
  3. Masukkan Bahan A yg telah dipukul ke dalam adunan mentega dan gaul hingga sebati. Bakar selapis demi selapis dgn setiap lapisan ditabur cheddar cheese parut. 
Ct tak ingat resepi ni dari mana..tapi dah cuba..memang sedap..terimakasih kepada yg share resepi ni...ct buat ini untuk jamuan staf semalam...

Wednesday, 27 April 2011

Puding Roti Sos Kastard


Puding roti sos kastard

Bahan-bahan ( 1 happy family )
• Bahan A
• 500 ml susu segar/fresh milk
• 8 keping roti (gardenia/high 5)
• Bahan B
• 4 s/b gula halus
• 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
• 2 biji telur ayam
• 1 sudu teh esen vanilla
• 1 s/b tepung jagung
• 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)- tak letak
• 1 s/b buah pala *(optional)- tak letak
1/2 tin susu manis - ct tambah

• Bahan C-kuah
• 1 tin susu cair
• 2 s/b tepungkastad
• 2 s/b gula
Cara-cara
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Resepi dari maya@my resepi.. dah cuba..memang sedap...