Tuesday 19 June 2012

Kek Kukus Gula Hangus




Salam ceria buat semua..hari ni pulak ct teringin membuat kek turun temurun keluarga ct...bila tiba time raya..kek ni mesti masuk list dahulu...kek ni makin lama makin lembap dan sedap...kek orang lama-lama...mari kita terjah resepinya..

KEK KUKUS GULA HANGUS

12 ozs mentega 
5 biji telur
Sekotak kismin campuran
3 ½  gelas tepung gandum 
3 sudu teh cream of tartar
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh vanila
2 gelas gula halus
1 cawan gula kasar - untuk membuat gula hangus

Caranya:
    Kismis digaul rata dengan 1/2 gelas tepung gandum.  Masukkan 3 sudu teh cream of  tartar dan 2 sudu the bicarbonate of soda.  Gaul lagi dan ketepikan.   Pukul telur dengan mentega hingga kembang (putih).  Masukkan telur satu-satu dan pukul hingga sebati.                Masukkan vanila dan kismis yang sudah digaul tadi dan gaul lagi.          Akhir sekali baru masukkan tepung (3 gelas) dan gaul hingga rata.         Tanak gula kasar tadi hingga mendidih         Tuang ke dalam adunan (kena cepat kerana gula hangus tu mudah beku).
      Sediakan acuan 8x8, masukkan adunan ke dalam acuan dan kukuslah sekurang-kurangnya 3 jam atau sehingga masak.

Sebelum membuat kek itu, kena sediakan air kukusan terlebih dahulu.  Bila air dah mendidih. baru kita masukkan adunan.  Tudung pengukus hendaklah dibalut dengan kain yang bersih agar air tidak menitik dalam adunan kek tu.

SELAMAT MENCUBA

2 comments: