Tuesday 12 June 2012

Biskut Kelapa






Semalam kerajinan ku melampau tahap gaban…terfikir…apa nak buat time boring ni…hubby pulak cuci kereta…last-last  teringin nak buat biskut…jengok kat dapur…semua bahan ada..apa lagi..membiskut ler jawabnya…tak nak cakap banyak…jom kita terjah resepinya….


Sumber:  Pn Fatimah Zarinah Zainuddin (Rasa Edisi Julai)

Bahan
225 gm tepung jagung
150gm tepung gandum
½ sudu teh serbuk penaik (ct tak letak)
125 gm gula aising
155gm mentega
75gm kelapa kering (kisar halus)
25 gm badam serbuk (tak letak pun tak apa)
1 biji telur
1 sudu teh vanilla

Bahan Tabur:
Kelapa kering secukupnya
Telur kuning secukuonya
Hiasan gula bentuk hati

Caranya:

1. Pukul telur, gula aising dan vanilla sehingga sebati.
2. Selepas itu, masukkan tepung jagung, tepung gandum, kelapa kering dan serbuk badam sedikit demi  sedikit hingga habis sambil digaul perlahan.  Adunan akan menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil digaul sebati dan uli sehingga menjadi doh.
4. Canai dan terap dengan acuan pilihan.  Sapukan kuning telur dan tabor kelapa kering (ct guna serbuk badam je) dan hiasan gula secukupnya.
5. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180oC selama 15-20 minit.
6 Keluarkan dan sejukkan seketika.  Simpan dalam bekas kedap udara (itupun kalau sempat ler heheh).

Keranggupanya memang terasa dan ditambah dengan kelazatan kelapa …..itu yang buat
hubby makan satu balang dengan satu mug  air milo panas….sambil nengok bola ….

No comments:

Post a Comment